Sunday 7 August 2011

TAK BERAKAL

bercerita tentang kucing
membuatkan aku menjadi terkedu 
pada kerakusan hati manusia 
salah apakah kiranya kucing itu 
hanya kerana habitannya 
bila tak mampu memuaskan
hati kemanusiaanmu 
sanggup diracun 
kenapa begitu 
sudah hilangkah perasaan insanimu 
bila diri mu tak lagi berhati 
itulah tandanya realitimu 
tak berakal dan berfikiran
dan kau juga melebihi rendahnya
taraf kebinatangan 

No comments:

Post a Comment