Saturday 20 August 2011

GUNDAH

aku ingin menjerit sekuat hati
biar alunannya merayap keseluruh alam
ku lantun gemanya dikaki gunung
menghancurkan segenap sendi
luruhkan segala rindu yang bersarang
bila sengsara itu tak mampu lagi ku bendung
ku rela jasad ku ditelan bumi yang bergulung
aku pun tak ingin lagi berkeluh kesah
bila lagu sepi masih lagi bernada gundah
ku pujuk rawan untuk berlagu
dan mendendangkan nyanyian sedih pilu
wahai hati yang remuk redam
kemana lagi untung nasib nak ku rejam
andai bahagia takkan pernah dapat ku genggam
ku biarkan hidup ini menjadi suram
biarkan ku menyendiri dialam sepi
bila kegelisahan membelit tangkai hati
ku insafi bahawa hidup ini hanyalah sendiri
takkan pernah ku kesali takdir Illahi








No comments:

Post a Comment