Saturday 13 August 2011

NOTA BUAT ADIK


adik 
seperti mana yang adik tahu 
umi bukan seorang yang mudah tersinggung 
apatah lagi untuk cepat melatah 
biarpun diuji dengan pelbagai dugaan 
namun semangat tak pernah goyah 
cinta kasih umi tak pernah berubah 
andai kehadiran mengukuh silaturrahim
kita perkukuhkanlah tali ikatan 
biar kita teguh bersatu hati
saling ingat mengingati
cuma sesekali umi jadi terkeliru 
bila persoalanan menuju buntu 
tak pernah umi tahu 
dan sentiasa bercelaru 
ungkapkanlah segala kebenaran 
bukankah itu cukup memberi kesan 
jadikan pesanan sebagai azimat 
dan biar hidup penuh semangat 
kita hidup cuma untuk seketika 
tak selamanya jiwa merdeka 
belajarlah dari setiap pengalaman 
semoga kita menjadi manusia beriman

No comments:

Post a Comment