Tumbuh subur si pisang kaki
pisang emas masak sesikat
apa baiknya hasad dan dengki
hapuskan dendam dalam masyarakat.
Pisang emas masak sesikat
bunga kemboja kembang sentiasa
hapuskan dendam dalam masyarakat
jangan di biar benci berleluasa.
Bunga kemboja kembang sentiasa
indah kuntum menghiasi taman
jangan dibiar benci berleluasa
buruk pekerti memesong iman.
Indah kuntum menghiasi taman
riuh kicau burung kenari
buruk pekerti memesong iman
sombong dan bongkak memakan diri.
Riuh kicau burung kenari
terbang ke laut burung kedidi
sombong dan bongkak memakan diri
buangkan sikap buruknya budi.
Terbang ke laut burung kedidi
hinggap sejenak di pohon jati
buangkan sikap buruknya budi
pupuk kesabaran jernihkan hati.
Hinggap sejenak di pohon jati
tempat unggas mencari makan
pupuk kesabaran jernihkan hati
teguh bersatu pupuk kemesraan.
Tempat unggas mencari makan
ulat gonggok celah rotan
teguh bersatu pupuk kemesraan
tanda sepakat si anak watan.
Ulat gonggok di celah rotan
pisang emas masak sesikat
apa baiknya hasad dan dengki
hapuskan dendam dalam masyarakat.
Pisang emas masak sesikat
bunga kemboja kembang sentiasa
hapuskan dendam dalam masyarakat
jangan di biar benci berleluasa.
Bunga kemboja kembang sentiasa
indah kuntum menghiasi taman
jangan dibiar benci berleluasa
buruk pekerti memesong iman.
Indah kuntum menghiasi taman
riuh kicau burung kenari
buruk pekerti memesong iman
sombong dan bongkak memakan diri.
Riuh kicau burung kenari
terbang ke laut burung kedidi
sombong dan bongkak memakan diri
buangkan sikap buruknya budi.
Terbang ke laut burung kedidi
hinggap sejenak di pohon jati
buangkan sikap buruknya budi
pupuk kesabaran jernihkan hati.
Hinggap sejenak di pohon jati
tempat unggas mencari makan
pupuk kesabaran jernihkan hati
teguh bersatu pupuk kemesraan.
Tempat unggas mencari makan
ulat gonggok celah rotan
teguh bersatu pupuk kemesraan
tanda sepakat si anak watan.
Ulat gonggok di celah rotan
ular menjalar mencari mangsa
tanda sepakat si anak watan
negara makmur damai sentosa.
Ular menjalar mencari mangsa
pipit hinggap di ranting Ara
negara makmur damai sentosa
rakyat bersatu menjulang negara.
Pipit hinggap di ranting Ara
patah ranting pohon cendana
rakyat bersatu menjulang negara
indah tersohor Malaysia di dunia.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau ]
Perak
24 Julai 2012
5.21 pm
tanda sepakat si anak watan
negara makmur damai sentosa.
Ular menjalar mencari mangsa
pipit hinggap di ranting Ara
negara makmur damai sentosa
rakyat bersatu menjulang negara.
Pipit hinggap di ranting Ara
patah ranting pohon cendana
rakyat bersatu menjulang negara
indah tersohor Malaysia di dunia.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau ]
Perak
24 Julai 2012
5.21 pm
No comments:
Post a Comment