Friday 13 July 2012

BAKTI DIKENANG


Gemerlap neon di hujung titi
indah berseri berwarna warni
kehilangan insan sukar diganti
pengangkat martabat indahnya seni

Indah berseri berwarna warni
kuntum di taman kembang tak layu
pengangkat martabat indahnya seni
tokoh kebudayaan busana Melayu.

kuntum di taman kembang tak layu
seni ciptaan Yang Maha Kurnia
tokoh kebudayaan busana Melayu
indah tersohor ke pelusuk dunia.

Seni ciptaan Yang Maha Kurnia
cantik kerawang sulaman baju
indah tersohor ke pelusuk dunia
warisan bangsa berkembang maju.

Cantik kerawang sulaman baju
Kain ditempah dari Bengkulu
warisan bangsa berkembang maju
pusaka peninggalan moyang dahulu.

Kain ditempah dari Bengkulu
untuk di kirim ke negara Rusia
pusaka peninggalan moyang dahulu
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
12 Julai 2012

No comments:

Post a Comment