Friday 20 July 2012

AKU YANG MENANGIS

Kalau derap langkahku terkaku di rentetan waktu
terhimbau akal fikir pada kedaifan wajah silam
pengabdian yang dilupakan 
menggenggam kebatilan yang usang
betapa miskin merantai jiwa
gersang dan terbuang
diri nan hilang.

Aku menangis sangat lama
mencari kehilangan yang nyata
bila sinar hayat makin kelam
dapatkah nur kalbu menerangi
menjadi penyuluh pada kegelapan
andai pintu taubat memberi harap
menjernihkan kekalutan jiwa
mendakap penuh cinta
dan aku pulang
tanpa hati walang
dan mata yang pejam.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
13 Julai 2012
10.36 pm



No comments:

Post a Comment