Tuesday 3 July 2012

ADIL DAN SAKSAMA


Berjalan kaki ke hujung tanjung
untuk mengait buah rambutan
berpaksi setia taat dijunjung
jalinan hati rakyat dan sultan

Perah kelapa diambil santan
untuk dimasak kari dan kurma
jalinan hati rakyat dan sultan
sultan adil dan saksama

Pergi ke Melaka membeli delima
delima manis biji terkandung
sultan adil serta saksama
tempat rakyat duduk bernaung.

Nampak berenang si ikan baung
ingin memancing di hati terasa
tempat rakyat duduk bernaung
aman dan makmur berbilang bangsa

Penat mencari si itik angsa
di dalam reban sudahlah tiada
aman dan makmur berbilang bangsa
nama Malaysia indah di persada.

Pergi ke pasar membeli lada
lada dibawa di dalam kereta
nama Malaysia indah dipersada
menjadi kebanggan rakyat jelata.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
1 Julai 2012
7.40 am

No comments:

Post a Comment