MALAM BAROKAH
Di tengah laman berlungguk ikan
ikan dibawa dari pengkalan
sepanjang Ramadhan Allah kurniakan
malam barokah penuhkan amalan
Ikan dibawa dari pengkalan
di atas lori berpeti susu
malam barokah penuhkan amalan
kuatkan ibadah melawan nafsu.
Di atas lori berpeti susu
susu lama terlupus tanda
kuatkan ibadah melawan nafsu
amal ibadat pahala berganda
Susu lama terlupus tanda
susu terisi dalam tin karat
amal ibadat pahala berganda
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
Susu terisi dalam tin karat
di langgar tikus habis tertumpah
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
kasih Alllah melimpah ruah
Dilanggar tikus habis tertumpah
tikus bersarang di rumpun pandan
kasih Allah melimpah ruah
penuh keredhaan sepanjang Ramadhan.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
22 Julai 2012
Di tengah laman berlungguk ikan
ikan dibawa dari pengkalan
sepanjang Ramadhan Allah kurniakan
malam barokah penuhkan amalan
Ikan dibawa dari pengkalan
di atas lori berpeti susu
malam barokah penuhkan amalan
kuatkan ibadah melawan nafsu.
Di atas lori berpeti susu
susu lama terlupus tanda
kuatkan ibadah melawan nafsu
amal ibadat pahala berganda
Susu lama terlupus tanda
susu terisi dalam tin karat
amal ibadat pahala berganda
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
Susu terisi dalam tin karat
di langgar tikus habis tertumpah
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
kasih Alllah melimpah ruah
Dilanggar tikus habis tertumpah
tikus bersarang di rumpun pandan
kasih Allah melimpah ruah
penuh keredhaan sepanjang Ramadhan.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
22 Julai 2012
No comments:
Post a Comment