Sunday 8 July 2012

KASIH TEMETERAI

KASIH TEMETERAI

Atap nipah kemas tersemat
buat bumbung pondok di hutan
kepada hadirin yang kami hormat
selamat datang kami ucapkan

Padang luas bertanah landai
di tepi paya tanah bergambut
tidak lupa sahabat handai
semua tetamu mesra disambut

Bunga mawar berwarna merah
jadi hiasan indah terpuji
malam ini menempah sejarah
ikatan cinta termeterai janji

Pergi belayar ke seberang takir
untuk mencari si daun palas
Ijab dan Kabul lafaz diukir
tanda luhur cinta yang iklas

Harum baunya bunga kenanga
tidak seharum bunga angsana
pandang pertama hati berbunga
Petronas lambang cinta terbina.

Putera kesayangan EncikYahya Isa
mempelai lelaki Khairul Nizam namanya
lemah lembut manis sentiasa
Nursyeena Daud isteri pilihannya.

Riuh rendah mencari galah
galah tersorok di kebun bunga
semoga jodoh diberkati Allah
bahagia memayungi untuk selamanya.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
7 julai 2012

No comments:

Post a Comment