Tuesday 3 July 2012

KERANA KHILAF


Putih asap ikan disalai
api berbara di rimbun serai
hancur musnah ikatan terlerai
kasih punah pecah berderai.

Api berbara di rimbun serai
serai tertanam di tepi kedai
kasih punah pecah berderai
retak hati karam dek badai.

Serai tertanam di tepi kedai
rimbun sederet tidak bertuan
retak hati karam dek badai
nakhoda khilaf memilih haluan.

Rimbun sederet tidak bertuan
biar serumpun dimusnah jangan
nakhoda khilaf memilih haluan
patah dayung berkuak tangan.

Biar serumpun dimusnah jangan
buat mandi air jerangan
patah dayung berkuak tangan.
lesu diri mati meragan.

Buat mandi air jerangan
ketika pulang berburu di hutan
lesu diri mati meragan
nama yang hina jadi sebutan.

CFI
Kuala Kurau,
Perak
2 Julai 2012
11.00 pm

No comments:

Post a Comment