Friday 20 July 2012

CINTA MEMBEKU

Kapal belayar di laut tenang
patah kemudi penentu arah
sedang elok berkasih sayang
kini cinta membeku sudah

Patah kemudi penentu arah
kapal belayar di pukul gelombang
kini cinta membeku sudah
rajuklah hati di landa bimbang.

Kapal belayar di pukul gelombang
pecah karam air tertuang
rajuklah hati di landa bimbang
bagaikan bernyawa jasad terbuang.

Pecah karam air tertuang
hanyut terapung ke Pulau Jawa
bagaikan nyawa jasad terbuang
hancur hati musnahlah jiwa.

Hanyut terapung di Pulau Jawa
badan terdampar di Anjung Batu
hancur hati musnahlah jiwa
Baik berpulang kasih yang Satu

Badan terdampar di Anjung Batu
di celah batu ada geliga
baik berpulang pada yang Satu
kasih Allah membawa ke syurga

Che Fauziah idris
Kuala Kurau
Perak
14 julai 2012

No comments:

Post a Comment