Tuesday 3 July 2012

MARUAH


Berangan setangkai bawa ke kedai
petik bunga di hujung julai
jangan sampai maruah tergadai
harga diri patah terkulai.

Petik bunga di hujung julai
untuk hiasan cantikkan beca
harga diri patah terkulai
hina bangsa dicaci cerca.

Untuk hiasan cantikkan beca
tarik pelancung melawat ke sana
hina bangsa dicaci cerca
maruah diri entah ke mana.

Tarik pelancung melawat ke sana
negeri Melaka indah terkenal
maruah diri entah ke mana
malang nasib ditimpa nanar.

Negeri Melaka indah terkenal
tempat pelawat bersuka-suka
maruah diri ditimpa nanar
bila bangsa sentiasa leka.

Tempat pelawat bersuka-suka
melihat sejarah pelbagai rencana
bila bangsa sentiasa leka
alamat negeri dalam bencana.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau,
Perak
2 Julai 2012
 

No comments:

Post a Comment