Thursday 5 July 2012

LUBUK DERITA

Dia yang terbelenggu dalam ketuaan
mencari jejak mimpi yang hilang
punah ditingkah arus hidup
bersimpang siur membelit
kelam dan suram menghimpit
keperitan menerjang segala.

Salah diakah kerana menenun impian
di gubuk waktu mengayam hasrat
berteleku harap pada kemuliaan darjat
bila jemari kerdil tak dapat mencecah awan
indah pelangi membuat rawan hati
tertinggal masa silam di lubuk derita
perjalanan menghala tetap serupa
lalu apa lagi harapan yang tertinggal
kalau segalanya sekadar debu –debu kota
Sungai Klang menjadi saksi derita..

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
4 Julai 2012
1.54 pm

No comments:

Post a Comment