Saturday 24 September 2011

RAHSIA ALAM


langit gelap gelita
kejora malam mengerdip malu
bulan mengintai dibalik awan
gunung tegak berbalam
menyimpan rahsia alam
begitu sepi dan dingin

dinihari makin berlabuh
embun menitis jernih
menyaksi mimpi insan
dalam lena dan pasrah
begitu bersahaja
mengembara dalam igauan

mentari diufuk timur
membuka rahsia alam
melenyapkan semua mimpi
membangunkan  anak peribumi
biar direntas alam sejagat
menjadi bahasa jiwa
bahawa hidup ini mesti merdeka

No comments:

Post a Comment