Thursday 15 September 2011

KESETIAAN BUDI

tak terduga 
begitu mula pekerti 
begitu hebat peribadi
seorang hamba Allah 
yang tak pernah ku jumpa 
dalam rindu dan sua 

tak terjangka 
begitu setianya bakti 
begitu luhurnya budi
seorang yang begitu misteri
yang tak pernah bertemu 
dalam dunia maya bertamu

terima kasih 
andai kerana keiklasanmu
aku masih boleh berbicara 
masih bebas berkata kata 
tak lagi bisu dalam bersuara 
bila hasratku terpamir
gelodak jiwa pun dapat ku tafsir

kesetiaan 
dalam telus dan mulus
kecintaan yang tak bertepi 
menjadi syahdunya do'a 
bila sejahteramu ku pohon 
dan bahagia mu memberi erti


No comments:

Post a Comment