Saturday 24 September 2011

MENCARI



MENCARI


Dalam kelam suram selepas hujan
tak terbit bulan diwajah malam
menjadi begitu sunyi
hanya titik air dipaip bocor 
tik.. tik.. tik. memesrai alam
begitu bersahaja
dan cengkerik bersorak girang
disemak belukar
tak pernah tahu 
mimpi- mimpi insan
yang begitu lena
dalam dengus dengkur.


Mengapa aku masih disini
terlalu sukar melelapkan mata
menerawang pada kealpaan semalam
atau harus mencari ruang
pada jebakan nafsu
bila harus mencari lagi
dimana keakuan diri
atau harus menitik noktah
untuk mengakhiri sebuah cerita 
pada sebuah nostalgia silam.



No comments:

Post a Comment