Friday 7 October 2011

KUCING KUCINGKU

mendengar deruan motosikal
berkejaran si Zombi dan Siam
menunggu dipintu
begitu mengerti
dipeluk sayang
digendung begitu kasih
dalam belaian cumbu seorang manusia

bila malam tiba
menjadi peneman tidur
dengan lena mata terpejam
begitu sinonim
dan anak anakku
memeluk manja
kucing perliharaan
begitu mesra

begitulah  hakikat hidup
bila naluri begitu kasih
perasaan pun bersatu
antara haiwan dan manusia
menjadi satu fenomena hidup
bila saling menghargai
dan menerima kenyataan
bahawa  perjalanan hidup ini
bukan hanya untuk sendiri

No comments:

Post a Comment