Aku terseksa
memungut cinta
yang bertaburan
dari ragaku
yang berkecaian.
Ketika engkau
menikam sukma
jiwaku mati
di hukum karma
kerana cinta
yang berlebihan.
Bila kita
merungkai setia
kasih pun tumpah
berjelira
membasahi hati
meresapi benci.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
21 Mac 2013
1.22 am
No comments:
Post a Comment