Monday 12 March 2012

SEORANG ENGKAU


Engkau
terpulang padamu
kalau sering saja menutupi diri
berlari dari riak yang kau takuti
menghindar dari rasa megah
lalu tunduk dengan tawadduk
bila menginsafi diri
bahawa engkau
seorang aku yang kerdil.

Aku
cuba untuk memahami
bahawa itu adalah hakmu
sebagai insan yang berperibadi mulia
yang menerima ketentuan dengan redha
dan mensyukuri nikmat Ilahi
dengan rasa malu dan rendah diri.

Aku pun mula mengerti
untuk cuba meresapi
sorot kagumku jauh di sudut hati
dan pandang matahati ku
terkaku diam di benak sendiri.

No comments:

Post a Comment