Sunday 25 March 2012

ADA APA PADA LAGAK

Apalah guna berwajah cantik
jika hiasan sekadar plastik
fikiran bodoh berlagak cerdik
berjalan lenggok berpinggang lentik.

Apa ada pada lagak
kalau kocek sentiasa rabak
kerja menipu bagai perosak
sanggup meragut di jalan sesak.

Lelaki perempuan sama sahaja
menurut nafsu ingin bergaya
sanggup berhutang malas berkerja.
lagak gayanya bagai rang kaya.

Sanggup berlakun di depan rakan
sentiasa melata di dalam pekan
biar perut lapar tak makan
asalkan dapat bergaya sakan.

Bagaikan lalang ditiup angin
mengikut rentak semuanya ingin
ego meninggi padahal miskin
majukan diri tak pernah rajin.

Wahai nak muda insaflah segera
jagalah maruah diri dan bangsa
biar papa asal bergaya
pepatah ini jangan dibangga.

Ikutlah adat resamnya padi
makin tunduk makin berisi
merendah diri tak pernah rugi
hidup di dunia memberi erti.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
21 Mac 2012

No comments:

Post a Comment