Sunday 4 March 2012

HIDUP BERSATU

hina besi kerana karat 
hina manusia hidup melarat
mengilek ringan memikul berat
biar menanggung sama sepakat

tolong menolong amalan mulia
hidup bersatu mengembleng tenaga
bersatu padu menjunjung setia 
memegang teguh rukun negara

seni warisan indah bistari
berbagai ragam budaya negeri
kita hidup bersatu hati
aman makmur bahagia sejati.

No comments:

Post a Comment