Wednesday 2 May 2012

BUDI PEKERTI LAMBANG PERIBADI



Adap sopan pakaian diri
budi bahasa pakaian rohani
tulus iklas cantik berseni
megah nama kerana peribadi.

Biadap pula meggundang benci
mendabik dada lagak mencaci
laku begini orang pun benci
di dalam diam orang mencaci.

Kita hidup dalam dunia
berbuat baik memberi guna
biadap sombong orang menghina
adap bersopan ukhuwah terbina.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
15 April 2012

No comments:

Post a Comment