Wednesday 22 February 2012

MEMBENTUK SIKAP

Hebat diri kerana harta 
hebat budi membawa ke syurga
sombong diri orang mengata
musibah tiba sendirian terlonta.

Tinggi rendah duduk berdiri
pangkat darjat kurnia Ilahi
sentiasa senyum merendah diri
sampai mati orang memuji.

Membentuk sikap berpada-pada
berlemah lembut menutur kata.
kosong iman kosong dada
hidup bagai sampah melata.

Terlonta diri bermandi embun
hidup bagai insan durhaka
dosa dikutip murka ditambun
nasib berpaut dipintu neraka.

Tegak berdiri tinggi mengawan
jatuh tersungkur hiba merawan
besar diri kehilangan kawan
bagai air di luar cawan.

No comments:

Post a Comment