Tuesday 22 January 2013

SOKONG MEMBAWA REBAH


Biji lada di dalam cawan
kain sutera lengkap berjelujur
berpada-pada dalam berkawan
tidak semua bersikap jujur.

Masak geti berbagai cara
pinggan makan retak dek batu
berhati-hati memutuskan perkara
sokongan rakan sekadar membantu.

Hutan menerung bersarang lebah
besi karat jatuh di paya
jika sokong membawa rebah
tidaklah hasrat membawa jaya.

Lagu ada kalam berzapin
terolah dengan khazanah prosa
begitu juga dalam memimpin
salah sokongan punah bangsa.

Rosak susu kerana nila
buah dokong berat di galas
desak seteru bermaharaja lela
bila menyokong minta dibalas .

Cucur keria di rumah kenduri
secawan perisa ditambah buah
Kawan setia sukar dicari
kawan perosak berlimpah ruah.

Manisan kuini bercampur gula
gerimis menyiram selut di perdu
insan begini sukar diduga
bermanis mulut bersalut hempedu,

Sos lada tumpah di sarbat
seluar panjang sidai di laman
harus waspada memilih sahabat
biar setia sepanjang berzaman.

SRI MAWAR
Kuala kurau
Perak
11 Jan 2013
9.29 am

No comments:

Post a Comment