Tuesday 22 January 2013

REMANG SENJA


Dulu
meja yang sering kita berteleku saban petang 
adalah sebuah meja yang menyaksikan
sebuah cinta yang kita semarakkan sekian lama
kita pun bercerita dengan senyum tawa
aku merasa sangat bahagia
kerana menyangka petangku tak berbau hiba.

Kelmarin
meja yang sedang kita duduki itu
adalah sebuah meja yang menyaksikan
sebuah kecurangan yang engkau bicarakan
engkau pun bercerita penuh rindu terharu
aku pun mula meratap
kerana menyedari malamku makin gelap

Akan datang
meja itu tidak lagi merakamkan
segala kebahagiaan yang pernah kita dendang
segala penghinaan yang telah engkau tuang
kerana kita tidak lagi akan datang
setelah kaki melangkah pulang.

SEI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
22 Dis 2012
9.03 am

No comments:

Post a Comment