Saturday 13 April 2013

BIAR KITA BERJARAK PANDANG

Katalah aku gila
itu kerana melepas seksa
tidak sengaja jadi derhaka
 sebak dada kian menular
bila engkau semakin nanar.

 Aku tidak peduli lagi
bukan kerana cemburu berapi
 tapi hatiku bersalut benci
 bila engkau tak sedar diri
ketuaanmu berarak muda
 remajamu datang semula.

 Untuk apa sembunyikan diri
tunjukkan dirimu lelaki
 bila kasihmu semarak girang
aku tidak merasa senang.

 Bila engkau kemaruk cinta
lepaskan aku dari derita
andai lenyap kasih dan sayang
biar kita berjarak pandang .

 SRI MAWAR
Kuala Kurau
 Perak
 6 April 2013
3.43am

No comments:

Post a Comment