bila aku ingin menjalani kehidupan seindah mungkin
tanpa sedar kakiku terjerumus kejurang dalam
bila tanpa sangka harus menerima semua keadaan
aku pun mulai menjadi takut untuk tersasar
pada onak duri dan belukar yang membelit
keluarkan aku dari kemelut kesakitan ini
bila tubuhku penuh calar dan patah riuk
aku pun menjadi lesu dan tak berdaya
meniti hari dalam rangkak yang payah
atau aku akan mati kesepian disini
andai huluran tanganmu tidak lagi memapah ku
masih bisa kah aku dirawat
bila luka dan cedera hati makin menanah
sedang harapan hidup punah ranah
aku tidak memandang segala keindahan lagi
kesakitan yang menyusuk didalam dada ku
menjadi api rindu yang membiru
dan tatapan matamu tak ku lihat lagi
maka mengertilah aku kini
bahawa aku akan pergi meninggalkanmu
No comments:
Post a Comment