Saban hari pohon merendang
sekian lama
tempat engkau bertumpang teduh
menghirup nyaman
di ranting
bercumbu dedaun
julainya mendekap putik
serlah kuntumnya pernah berkembang.
Tapi bila bertunas pohonan muda
cambahnya belum pasti
rimbunnya belum memayungi bumi
engkau belai dan baja
ingin berteduh sepenuh harap
di bawah langit senja
dan pohon yang terpinggir
melayu menunggu hari
bakal menyembah bumi.
Andai mereput pohonan tua
dan tunas muda terkulai sebelum masa
nasibmu terlonta-lonta
di terik hari
naunganmu tiada lagi
dan engkau pun lesu kehausan
sedang jarakmu seluas pandang
bagai sahara air berbayang.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
10 Mac 2013
8.50am
Monday, 25 March 2013
RAHSIA HATIMU
Hanya sebentar tadi
sedang duduk-duduk menikmati kopi ais
di warung yang sering kita bersantai
di benakku engkau tusukkan sembilu luka
tentang rahsia hati
yang membelenggu dirimu kini.
Aku pun jadi termanggu
cuba belajar mengerti sesuatu
tentang cinta
bila pengertian kita tak serupa
keikhlasan yang mengharu
bila aku keliru mencari makna.
Kalau kutahu ini akhirnya
diduakan dalam senyap
tak mungkin aku
menjunam ke gaung yang dalam
terkapai lemas di lautan hidup
bersamamu menongkah arus
pulau impian tak kelihatan.
Engkau makin jauh
tak kukenali dirimu lagi
sedang pertemuanmu dengannya
hanya muka buku menjadi saksi
dan engkau lebih percaya
janji cinta di alam maya.
Lepaskan aku
andai engkau memilih dia
bila setia tiada lagi
jangan hatiku terus diuji.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
8 Mac 2013
1.23 pm
Friday, 8 March 2013
INGIN
Ingin kupetik kejora indah
menghiasi langit angan
mengerdip di mimpi siang.
Ingin kudaki ke puncak gemawan
berlindung di mendung hujan
mengharap jalur pelangi.
Namun bila alam tiada seri
sinar mentari bagai berlari
kita pun terfana
dalam arus fatamorgana.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak 7 Mac
2013
12.49 pm
menghiasi langit angan
mengerdip di mimpi siang.
Ingin kudaki ke puncak gemawan
berlindung di mendung hujan
mengharap jalur pelangi.
Namun bila alam tiada seri
sinar mentari bagai berlari
kita pun terfana
dalam arus fatamorgana.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak 7 Mac
2013
12.49 pm
SEKADAR HARAPAN
Percikan api yang mewarnai angkasa
kuharap bergemintang malam
menyemarak jiwa
kiranya membakar sukma
menghangus dalam diam.
Permata yang kusangka intan
kuharap menghias jemari
bertatah kemilau seri
kiranya kerikil menghujam.
membengkak dalam kejam.
Kita tidak pernah tahu
keliru dalam menentu
berharap mengapai bintang
terhumban di langit dendam
Kita sering menunggu hujan
menyiram kemarau gersang
berharap mengusap pelangi
terlemas di banjir mimpi.
Bila itu sekadar harapan
biar Tuhan menentukan.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak7 Mac 2013
8.40am
BILA SENJA
Bila senja merona jingga
ada lakaran mencorak di langit kelam
dan indah pun menjelma
merawat lelah mentari
maghrib pun membelai hati
memuji kebesaran Illahi.
Di sejadah malam
kita pun menjadi tetamu
meneguk manisnya iman
mengadu kepada Tuhan
melapangkan dada
mencari sejuta redha.
Kita pun melirik bait
pada kehalusan hadis
dan kelunakan Al'Quran
bersatu dalam jiwa
meresap damai rasa.
Andai lelah dalam pencarian
dan kehilangan harga diri
pulanglah mengabdi
pintu kasihNya tetap terbuka
pada keikhlasan do'a.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
1.13 am
KEMELUT MERANTAI
Dalam meniti saat demi saat di ruang hidup
kita sering lupa pada waktu yang terbiar
kesia-siaan dalam kekalutan
lalu kemelut pun merantai
membelit tiap persoalan
yang tidak mungkin terlerai.
Kita sentiasa mencari salah
andai takdir berbicara lain
maksud hati meraih angan
namun kegetiran kian membukit
menumpuk dalam hati yang sakit
atas landas kekhilafan diri.
Biarlah
dalam waktu yang sedikit tersisa
kita serakkan kudrat yang ada
memenuhi impian
mencari kebenaran
dan menetapkan haluan tuju
agar renung fikir tidak lagi celaru
kita pun memecah buntu.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
12.26 am
PERWIRA
Tapau sarapan kuih bersira
pengat dijamu terhidang di beranda
bersantap tetamu sambil bercanda
.........walau terkorban jasadmu perwira
.........semangat juangmu menjadi lagenda
.........tetap namamu mengharum persada.
UNTUK KALI TERAKHIR
Bila mata tertutup
atau sedikit terbuka
renungku tak lagi berkedip
pejamku tak lagi celik
itulah pengabdian terakhir
berangkat ke Luh Mahfuz
usahlah gentayangan
menuju puncak awan.
Mandikan aku
untuk kali terakhir
berlangir limau kasturi
sintuk perlahan mengelus
terbaring kaku
kain putih
berlapis
menyelimuti aku.
Di hujung kepala dan disekitar suasana
gemakan aku dengan surah Yassin
dan merdunya ayat-ayat Al’Quran
tanda kasihmu padaku
dan meringankan bebananku
menyongsong pergi
tak lagi kembali.
Jangan menangis sayang
andai kita terpisah kini
aku dijemput pergi
meninggalkan engkau
dan secebis pesanan
engkau yang mithali
jadikan anakku insan berbudi
andai afdal do’anya
biar engkau dan aku
tidak pernah menyesal
menghuni alam
jauh dari sesat dan dendam.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
1.08 am
CINTA KITA
Kita tetap punya rasa
mendalam di lubuk kalbu
menjaring rindu syahdu
menyelam di alam impian
perasaan menjadi korban.
Kita tetap punya rahsia
menyimpul ikatan jiwa
biar hakikat tersisih
batin kita kian merintih
walau tak terdaya
di dalam kudrat dan iradat
kasih sayang sepanjang hayat.
Jurang menghantui
bayangan nampak jelas
di perairan kasih
namun kelocak bergelombang
biasanmu seakan hilang.
Aku cinta padamu
cintamu pun lekat di jantung hati
namun kita tetap berbeza
dalam nyata dan ilusi
bagai tak tergapai
menghuni puncak mahligai.
Tapi sayang
engkau tetap mejadi bayang
mengekori tiap gerak dan ruang
dalam hati dan perasan
cinta kita memberi kesan.
Dalam pasrah
tahajjud kita merangkai do’a
membawa harapan ke pintu syurga
jauh dari noda dan dosa
bila cinta bukan memiliki
biar damai melangkah pergi.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
1 Mac 2013
12.52 am
JEJAK WAKTU
Kelmarin
kita meninggalkan jejak waktu
lalu melupakan tiap detik yang berlalu
kerana tiap saat yang mendatang
bagai berlari masa
dikejar seribu satu persoalan.
Hari ini
kita meniti detik bersisa
lalu meraih segala kesempatan
kerana harapan yang dijulang
bagai tidak terkata
di alpa sejuta kesyikan dunia.
Esok
kita meninggakan tiap kenangan
menatang jelang ketentuan
hidup dan mati
belum bisa melunas janji
kerana segala sesuatu
berada dalam ketentuan Ilahi
Kita yang datang
dan melangkah pergi
adalah kita yang tersendiri.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
1 Mac 2013
12.16am
MENYEMAI BUDI
Pohon selasih tinggi mengayat
pangkas rantingnya harus sentiasa
bila kasih merangkai hayat
tenteramlah jiwa damai sentosa.
Lima bulan mengidam nangka
jeruk mempelam di dalam kendi
sama menelan suka dan duka
itu tandanya menyemai budi.
Bersih lantai di sapu bersama
silau cermin tembus ke dalam
kasih diuntai seindah purnama
kilau cahayanya menerangi alam.
Manggis putih tampuknya lapan
ikat sekati buah berangan
gadis manis ayu dan sopan
memikat hati melirik angan.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
26 Feb 2013
9.45 pm.
YANG DATANG DAN PERGI
Yang datang
menjanjikan mentari terang
tanpa mendung hitam
dan gerimis mengundang.
Yang pergi
melenyapkan segala kepalsuan
tanpa putihnya awan
dan biru di langit impian
Kita ini bagai pelarian
mengharapkan gemerlapnya bintang
dan sinar di bulan mengambang
namun hijaunya dedaunan
adalah kelayuan
pada tunjang kebenaran.
Sedarlah dari lena yang panjang
hidup yang sementara
biar bercahaya
menerajui persada
dan suburnya kita
menjadi penaung bertumpang teduh.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
25 Feb 2013
1.21am
PUTIH DAN HITAM
Bila lidah bagai gergaji
tajam matanya berlekuk gerigi
lalu suka menabur janji
sedang bukti tidak terpuji.
Kata-kata bagai mengarah
suka mengarut memecah belah
asyik merungut mencari salah
sedangkan diri tidak menyerlah.
Dalam mengarut leka terlena
corak hatinya berbagai warna
budi terlupa kutukan terbina
itulah takbur suka menghina.
Angan-angan tinggi menggunung
bagaikan tidur di atas bumbung
andai hati taksub dan sombong
segala ego tinggi melambung.
Bila sekadar bijak bercakap
sedang hidup laksana merakap
hanya mengganggap diri yang cekap
namun menunjuk buruknya sikap.
Kasihan orang rendah fikirnya
menyesal kemudian tiada berguna
hanya mengikut telunjuk katanya
sedangkan hidup akan merana.
Bukalah minda cerahkan fikir
segala janji janganlah mungkir
hidupnya kita bagaikan fakir
di tanah air bagai musafir.
Andai milik terlepas tangan
gelap segala masa hadapan
rosak diri mabuk penangan
tiadalah lagi dapat berangan.
Hitam hati mengikut corak
rosak pekerti bagai digertak
bergema hinaan di dalam sorak
sedangkan langkah tidak bergerak.
Putihkan hati nilaikan budi
andainya molek laku pekerti
wawasan jaya elok di titi
untuk kehidupan lebih bererti.
SRI MAWAR
Kuala Kurau.
Puteri Perak
24 Feb 2013
9.58 am
PANTUN
Besar lipan di tepi palung
terkapai katak ditelan ikan
biar harapan tinggi menggunung
tercapai tidak Tuhan tentukan.
Merah pakaian tersidai di ampaian
baju Pak Pian ditiup taufan
fitrah insan sesal kemudian
itu sebahagian pintu keinsafan.
PANTUN CINTA SEJATI
Cempaka di titi di kiri kanan
indah berseri menghias taman
luka hati menjadi peranan
muhasabah diri itu pedoman.
Cenderawasih dan selayang di atas jerami
kumbang berterbangan di atas titi
kasih dan sayang tetap bersemi
lambang kemurnian cinta sejati.
Liar merbah meluru di angkasa
terkedu melihat si ular sawa
biar gundah membelenggu rasa
itu menjadi penguat jiwa.
Di dalam peti tertanam kekwa
cabai melaka di tepi gua
bahagia hati tenteram jiwa
andai setianya tiada dua.
Bila terhidang keropok lekor
enak disantap minuman bersusu
bila kumbang bukan seekor
apa dihirau rayuan palsu.
Buah berangan dikelilingi duri
sendok berasap di tempat hidang
bila bayangan menghantui diri
elok menatap seluas pandang.
KITA HANYA SEKECIL KIAMBANG
Kita hanyalah sekecil kiambang
terbelah di haluan tuju
sedang kita penghuni alam
pedih di terik hari.
Kita kiambang terapung
di tasik kehidupan
menghijau rona
tenang dikocak maya.
Tapi bila biduk melintasi
kita tercerai diburu mimpi
tidak terjawab tanda tanya
haluan biduk hala ke mana
kita pun mula memikir
kolek hanya sekadar kolek
yang tak pernah tahu derita lara
kedalaman dasar
atau karam di muara.
Andai kiambang kembali bertaut
atau lalang meliuk lintuk
menepis angin angkara
kita pun memilih arah
menentukan jejak diri
dan berperang dengan hakiki.
Kitakah kiambang yang terapung
atau lalang ditiup angin.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
15 Feb 2013
12.54 am._
terbelah di haluan tuju
sedang kita penghuni alam
pedih di terik hari.
Kita kiambang terapung
di tasik kehidupan
menghijau rona
tenang dikocak maya.
Tapi bila biduk melintasi
kita tercerai diburu mimpi
tidak terjawab tanda tanya
haluan biduk hala ke mana
kita pun mula memikir
kolek hanya sekadar kolek
yang tak pernah tahu derita lara
kedalaman dasar
atau karam di muara.
Andai kiambang kembali bertaut
atau lalang meliuk lintuk
menepis angin angkara
kita pun memilih arah
menentukan jejak diri
dan berperang dengan hakiki.
Kitakah kiambang yang terapung
atau lalang ditiup angin.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
15 Feb 2013
12.54 am._
ENGKAU LELAKIKU
ENGKAU LELAKIKU
Engau lelakiku
ilham dari syurga
menjadi pelita
menerangi segala.
Engkau lelakiku
sumber segala rasa
menjadi pautan
tumpuan pacaindera
Engkau suamiku
naungan hasrat
munajat kasih
cinta erat mengikat.
Sampai mati
tetapkanlah hati
curiga jangan meniti
biar lara kita teruji
kita genggam setia nan tulus
seni jiwa ikhlas dan telus.
Bila cinta menerawang angkasa
bersama melayah ke teluk suka
berterbangan melepasi lautan duka
kita pun menetap tiitk
keikhlasan atas satu cinta
hidup mati biar berdua.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
14 Feb 2013
12.53 pm
Suka · · Promote ·
AKU WANTAMU
Bila aku wanitamu
yang punyai sejuta cerita
ruang fikirku sentiasa bergelora
terhempas badai perasaan
dilambung ombak kekalutan
takkan ada lagi seri terukir
takkan ada rona mesra terlahir
kemelut bagai mengikis
keremajaan jauh terpinggir
menjadi selaut peristiwa
dirangkai masa.
Aku ini
wanita di hujung senja
memiliki seberkas kudrat
tak mampu kuat mengikat
meski kasihku sentiasa tertambat
padamu insan tersayang
dan engkau hadir sebagai bayang
memburuku tiap detik
saat mula cinta berputik.
Semoga saja
kasihmu memalar segar
cinta hatimu sentiasa mekar
meskipun aroma kuntumku
tidak lagi sewangi dulu
dan kelopaknya gugur satu-satu.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
12 FEB 2013
1.01 am
SEPUTIH SALJU SEMERAH DARAH
Kalau kita punya cinta
seputih salju
semerah darah
menggetarkan degup jantung
aliran rindu di sukma
bagai kerdip kejora
di dada malam ia berasmara.
Bayu pun berpuput lembut
mengelus wangian syorga
merangkul seerat kasih
resapnya memberi ilham
bertebaran titisan kalam
di tinta kalbu melirik syahdu
senandungkan cinta ke hujung nyawa
Bila bahagia itu milik kita
engkau dan aku tetap bersatu
mengenggam suka duka
memahat ukiran takdir
dan hiasan kita melatari zaman.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
19 Feb 2013
JENDELA MATA
Kita tetap serupa
sentiasa memandang di luar jendela
meneliti peristiwa
melangkaui luar diri
lalu lupa untuk bercermin
bagi merapikan diri sendiri.
Ada apa pada cinta
kalau hanya mainan perasaan
melekakan tumpuan
sedang hidup ini makin memaksa
untuk kita telusuri sejuta hakiki.
SRI MAWAR
Kuala Kurau,
Perak
12 MAC 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)