Friday, 13 July 2012
BAKTI DIKENANG
Gemerlap neon di hujung titi
indah berseri berwarna warni
kehilangan insan sukar diganti
pengangkat martabat indahnya seni
Indah berseri berwarna warni
kuntum di taman kembang tak layu
pengangkat martabat indahnya seni
tokoh kebudayaan busana Melayu.
kuntum di taman kembang tak layu
seni ciptaan Yang Maha Kurnia
tokoh kebudayaan busana Melayu
indah tersohor ke pelusuk dunia.
Seni ciptaan Yang Maha Kurnia
cantik kerawang sulaman baju
indah tersohor ke pelusuk dunia
warisan bangsa berkembang maju.
Cantik kerawang sulaman baju
Kain ditempah dari Bengkulu
warisan bangsa berkembang maju
pusaka peninggalan moyang dahulu.
Kain ditempah dari Bengkulu
untuk di kirim ke negara Rusia
pusaka peninggalan moyang dahulu
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
12 Julai 2012
SELUAS PANDANG
Kita tidak pernah tahu
ujudnya suatu perjanjian
di alam roh kala nadi mula berdenyut.
tatkala raungan pertama mendatangi dunia
bertubuh telanjang kerdil tak berdaya
meminjam baju kehidupan
selimut kalbu
menyingkapkah hijab rohani.
Dalam pencarian
tuntutan sekecil apapun
tiap sesuatu hanya kerna-Mu
andai seru-Mu dapat kujelang
membuka seluas pandang
tentang kejadian diri
mencari-Mu yang hakiki
bila hidup ini memberi erti .
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
12 Julai 2012
1.13 pm
JANJI DITEPATI
Murai riuh di hujung tanjung
camar hinggap di tepi jeti
pemimpin mulia elok disanjung
setia berbakti seiklas hati.
Camar hinggap di tepi jeti
suara berdecit begitu gamat
setia berbakti seiklas hati
kasih rakyat menunjuk hormat.
Suara berdecit begitu gamat
riuh kicau pipit berkelahi
kasih rakyat menunjuk hormat
segala janji sedia dipatuhi.
Riuh kicau pipit berkelahi
terbang pulang arah ke timur
segala janji sedia dipatuhi
pemimpin amanah negara makmur
Terbang pulang arah ke timur
melintasi cerun Bukit Gergasi
pemimpin amanah negara makmur
menjadi teras kesempurnaan jenerasi.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
11 Julai 2012
6.05 pm
Monday, 9 July 2012
MUHASABAH DIRI (PANTUN BERKAIT)
Sepi malam gelap gelita
bayu dingin bertiup nyaman
muhasabah diri menjadi pelita
amalan mulia menetap iman.
Bayu malam bertiup nyaman
embun menitis waktu dinihari
amalan mulia menetap iman
sebagai pedoman meniti hari.
Embun menitis waktu dinihari
merintik basah bunga angsana
sebagai pedoman meniti hari
mencari keredhaan hidup di dunia.
Merintik basah bunga angsana
tertanam indah dihujung titi
mencari keredhaan hidup di dunia
segala kebaikan dibawa mati.
Tertanam indah di hujung titi
rendang pohonnya tinggi menggayat
segala kebaikan dibawa mati
untuk pengakhiran sepanjang hayat.
JUJUR DAN AMANAH
Cantik nian cahaya bulan
berseri indah menyinari taman
jujur dan amanah jadi amalan
itulah peribadi orang beriman.
Berseri indah menyinari taman
kilau gemerlap laksana suasa
itulah peribadi orang beriman
dipandang mulia setiap masa.
Kilau gemerlap laksana suasa
sinar keemasan terangi laman
dipandang mulia setiap masa
bahagia hidup sepanjang zaman
Sinar keemasan terangi laman
pungguk merindu di hujung dahan
bahagia hidup sepanjang zaman
menjadi insan dikasihi Tuhan.
Pungguk merindu di hujung dahan
dahan patah dikerat-kerat
menjadi insan dikasihi Tuhan
selamatlah hidup dunia dan akhirat.
Dahan patah dikerat –kerat
ranting reput dimamah usia
selamatlah hidup dunia dan akhirat
tidak sia-sia menjadi manusia.
berseri indah menyinari taman
jujur dan amanah jadi amalan
itulah peribadi orang beriman.
Berseri indah menyinari taman
kilau gemerlap laksana suasa
itulah peribadi orang beriman
dipandang mulia setiap masa.
Kilau gemerlap laksana suasa
sinar keemasan terangi laman
dipandang mulia setiap masa
bahagia hidup sepanjang zaman
Sinar keemasan terangi laman
pungguk merindu di hujung dahan
bahagia hidup sepanjang zaman
menjadi insan dikasihi Tuhan.
Pungguk merindu di hujung dahan
dahan patah dikerat-kerat
menjadi insan dikasihi Tuhan
selamatlah hidup dunia dan akhirat.
Dahan patah dikerat –kerat
ranting reput dimamah usia
selamatlah hidup dunia dan akhirat
tidak sia-sia menjadi manusia.
Sunday, 8 July 2012
TABIR NURANI
Jika masih ada ruang
abadikan pengharapan
mencari untaian kasih
mendakap kecintaan-Nya
menghapuskan dosa lama
bila kita sentiasa lena.
Bila Dia yang mendengar
dan melihat ke seluruh alam
memahami segala yang kurang
lalu kita rapatkan jurang
alunkan irama rindu
singkapkan tabir nurani
kerna Dia sentiasa mengerti
apa yang kurang dalam diri.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
8 Julai 2012
BICARA JIWA
Bicara jiwa sering saja tak selari
membidas kejam setiap realiti
ungkap rasa menerbit kalam
kecintaan yang terpendam
sekadar berpusar kekalutan
kemelut yang tak terlerai
bila cinta kasihnya berderai
rantai harapan putus sudah
tak perlu kau gundah
Bara duka yang tersimpan
andai bahangnya membakar
sebuah kedukaan yang terpendam
melaharkan rindu kalbu
kelak terseksa memutik dendam
bertunas resah gelisah
nadi jiwamu mengigit parah
Carilah ketenangan hakiki
biarkan saja dia berlalu
andai tidak berpaling lagi
kau tak harus mati
kerna pengabdian hidup ini
biarlah luhurnya pada yang Satu
yang sentiasa mengulit cinta
pada seluruh jiwa raga.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
7 Julai 2012
2.51 pm
membidas kejam setiap realiti
ungkap rasa menerbit kalam
kecintaan yang terpendam
sekadar berpusar kekalutan
kemelut yang tak terlerai
bila cinta kasihnya berderai
rantai harapan putus sudah
tak perlu kau gundah
Bara duka yang tersimpan
andai bahangnya membakar
sebuah kedukaan yang terpendam
melaharkan rindu kalbu
kelak terseksa memutik dendam
bertunas resah gelisah
nadi jiwamu mengigit parah
Carilah ketenangan hakiki
biarkan saja dia berlalu
andai tidak berpaling lagi
kau tak harus mati
kerna pengabdian hidup ini
biarlah luhurnya pada yang Satu
yang sentiasa mengulit cinta
pada seluruh jiwa raga.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
7 Julai 2012
2.51 pm
KASIH TEMETERAI
KASIH TEMETERAI
Atap nipah kemas tersemat
buat bumbung pondok di hutan
kepada hadirin yang kami hormat
selamat datang kami ucapkan
Padang luas bertanah landai
di tepi paya tanah bergambut
tidak lupa sahabat handai
semua tetamu mesra disambut
Bunga mawar berwarna merah
jadi hiasan indah terpuji
malam ini menempah sejarah
ikatan cinta termeterai janji
Pergi belayar ke seberang takir
untuk mencari si daun palas
Ijab dan Kabul lafaz diukir
tanda luhur cinta yang iklas
Harum baunya bunga kenanga
tidak seharum bunga angsana
pandang pertama hati berbunga
Petronas lambang cinta terbina.
Putera kesayangan EncikYahya Isa
mempelai lelaki Khairul Nizam namanya
lemah lembut manis sentiasa
Nursyeena Daud isteri pilihannya.
Riuh rendah mencari galah
galah tersorok di kebun bunga
semoga jodoh diberkati Allah
bahagia memayungi untuk selamanya.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
7 julai 2012
Atap nipah kemas tersemat
buat bumbung pondok di hutan
kepada hadirin yang kami hormat
selamat datang kami ucapkan
Padang luas bertanah landai
di tepi paya tanah bergambut
tidak lupa sahabat handai
semua tetamu mesra disambut
Bunga mawar berwarna merah
jadi hiasan indah terpuji
malam ini menempah sejarah
ikatan cinta termeterai janji
Pergi belayar ke seberang takir
untuk mencari si daun palas
Ijab dan Kabul lafaz diukir
tanda luhur cinta yang iklas
Harum baunya bunga kenanga
tidak seharum bunga angsana
pandang pertama hati berbunga
Petronas lambang cinta terbina.
Putera kesayangan EncikYahya Isa
mempelai lelaki Khairul Nizam namanya
lemah lembut manis sentiasa
Nursyeena Daud isteri pilihannya.
Riuh rendah mencari galah
galah tersorok di kebun bunga
semoga jodoh diberkati Allah
bahagia memayungi untuk selamanya.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
7 julai 2012
IKUT NAFSU BINASA DIRI
Kelana berteduh di pekan Miri
cuaca elok terik mentari
kerana menurut nafsu berahi
rosak akhlak binasa diri.
Cuaca elok terik mentari
silau biasan di pinggan kaca
rosak akhlak binasa diri
diri terhina di dalam cerca
Silau biasan di pinggan kaca
nampak memancar di tengah padang
diri terhina di dalam cerca
hidup mati tidak terpandang.
Nampak memancar di hujung padang
padang semak ditumbuhi lalang
hidup mati tidak terpandang
bagai pak pandir dirundung malang.
Padang semak ditumbuhi lalang
di pinggir kali rumput berampai.
bagai pak pandir dirundung malang
ke hulu ke hilir hajat tak sampai.
Di pinggir kali rumput berampai
tempat merbuk membuat sarang
ke hulu ke hilir hajat tak sampai
sedih menanggung badan seorang.
Tempat merbuk membuat sarang
tinggi menjulang di ranting berduri
sedih menanggung badan seorang
kerana turutkan nafsu sendiri.
Tinggi menjulang di ranting berduri
tempat berpaut si burung nuri
kerana turutkan nafsu sendiri
binasa hidup membawa rugi.
Che Fauziah Idris
KualaKurau.
Perak
7 Julai 2012
12 .57 pm
Friday, 6 July 2012
MEMBILANG RINDU
Camar yang pulang mengirai hari
terbang lagi menjengah bebukitan
dan senja pun berbalam di puncak nyior
melambai sendu hati
memberi sejuta ilham
ada yang terpaut pada diri
kerinduan yang tak pernah hilang.
Andai malam ini bisa kutatang
dan mentari esok bersinar lagi
aku tetap ingin membilang rindu
pada tiap pengabdian yang dialpakan
bila jalan pulang makin menghambat
beban harapan pun semakin sarat.
CFI
Kuala Kurau
Perak
5 Jun 2012
DIA YANG HILANG
Dia yang menghiasi kamar sepi
adalah dia yang telah pergi
hilang meniti hari
tak pernah terlupakan
tak tergapai lagi dalam genggaman
namun kau tercapai dalam kenangan.
Rindu yang menusuk
tiap waktu merasuk
diulit sejarah silam
kasihku yang terdalam
kehilangan yang memilukan.
Dapatkah silih berganti
mengalunkan rentak hati
mendakap kecintaan yang lain
andai ruang kalbuku diketuk
pintu sukmaku telah tertutup
bila kuncinya kau bawa ke pusara
CFI
Kuala Kurau
Perak
6 Julai 2012
8.52 am
adalah dia yang telah pergi
hilang meniti hari
tak pernah terlupakan
tak tergapai lagi dalam genggaman
namun kau tercapai dalam kenangan.
Rindu yang menusuk
tiap waktu merasuk
diulit sejarah silam
kasihku yang terdalam
kehilangan yang memilukan.
Dapatkah silih berganti
mengalunkan rentak hati
mendakap kecintaan yang lain
andai ruang kalbuku diketuk
pintu sukmaku telah tertutup
bila kuncinya kau bawa ke pusara
CFI
Kuala Kurau
Perak
6 Julai 2012
8.52 am
Thursday, 5 July 2012
IKUT HATI IKUT RASA
Dalam peribadi insani
pertempuran antara perasaan
dan gelodak nurani
sering bertingkah
mencari benar dan salah
bila sering terlupa
peranan akal menentu segala
Emosi diri sering memesong
cuba untuk jujur memenangi hasrat
keinginan yang merajai jiwa
tanpa timbang tara
biar binasa mengikut rasa.
Hati sentiasa memerintah
menggenggam keinginan
meminta perlaksanaan
tanpa meneliti
bila kata hati meniti
tak peduli membawa mati.
Akal terdiam bila tak diselam
beku terbenam
tanpa peduli untuk digilap
kusamnya lesu terperap
tak berguna tanpa dicerna
sepi tersembunyi
bila hati dan perasaan saling bertingkah
akal fikir pun menjadi kalah
sekadar menunggu
retaknya membawa belah.
Sri Mawar
Kuala Kurau
Perak
5 Julai 2012
BIARKAN
Tanya pada hati apa inginnya
selami dalam hasrat apa jawabnya
pujuk resah gundab berceritalah
kalau luka di hati biar titis darah kehampaan
andai naluri terhibur tertawalah jiwa
jika gundah gulana berteriaklah
luapkan gelodak rasa
biar lepas bebas ke alam nyata.
Untuk apa menanti pada jawapan yang tak pasti
sedang hatimu sendiri teruji
antara percaya diri dan kecamuk mimpi
dihujani sejuta kekalutasn
bila pelangi hati tidak melingkungi
biarkan gerimis berpanjangan
hingga saat nyawa meninggalkan badan
CFI
Kuala Kurau
Perak
5 Julai 2012
12.38 am
LUBUK DERITA
Dia yang terbelenggu dalam ketuaan
mencari jejak mimpi yang hilang
punah ditingkah arus hidup
bersimpang siur membelit
kelam dan suram menghimpit
keperitan menerjang segala.
Salah diakah kerana menenun impian
di gubuk waktu mengayam hasrat
berteleku harap pada kemuliaan darjat
bila jemari kerdil tak dapat mencecah awan
indah pelangi membuat rawan hati
tertinggal masa silam di lubuk derita
perjalanan menghala tetap serupa
lalu apa lagi harapan yang tertinggal
kalau segalanya sekadar debu –debu kota
Sungai Klang menjadi saksi derita..
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
4 Julai 2012
1.54 pm
WARGA BANGSA
Kilat menguji muara Andaman
petir menyambar di hujung laman
sifat terpuji warga budiman
santun berbudi manis senyuman.
Petir menyambar di hujung laman
hujan lebat menyirami taman
santun berbudi manis senyuman
menjadi tanda orang beriman .
Hujan lebat menyirami taman
di hujung taman pohon kedangsa
menjadi tanda orang beriman
kasihi keluarga kasihi bangsa.
Di hujung laman pohon kedangsa
sedang berputik cantik berbunga
kasihi keluarga kasihi bangsa
itulah warga patut dibangga.
Sedang berputik cantik berbunga
indah berseri bak permata jingga
itulah warga patut dibangga
menjadi harapan nusa dan bangsa.
Indah berseri bak permata jingga
kembang mekar di taman hati
menjadi harapan nusa dan bangsa
cantik nurani mulia pekerti.
Kembang mekar di taman hati
pesona ayu laksana dewi
cantik nurani mulia pekerti
lambang kecintaan ibu pertiwi.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
4 Julai 2012
8.44 am.
KAPAL BELAYAR
Bukit curam di tepi hutan
terkena jerat si burung balan
andai karam ditengah lautan
dalam cunggap air tertelan
Terkena jerat si burung balan
burung terbang tidak bertuan
dalam cunggap air tertelan
lesu diri tidak keruan
Burung terbang tidak bertuan
turun hinggap di tepi juragan
lesu diri tidak keruan
hati yang hancur dikenang jangan
Turun hinggap di tepi juragan
kemudi nakhoda beralih haluan
hati yang hancur dikenang jangan
tiap kejadian Allah tentukan
Kemudi nakhoda beralih haluan
arah tuju kapal belayar
tiap kejadian Allah tentukan
imam nan teguh umpama layar.
Arah tuju kapal belayar
singgah berlabuh di Sungai Rokan
iman nan teguh umpama layar
sejahtera hidup kita harapkan
Singgah berlabuh di Sungai Rokan
untuk mencari siput dan lokan
sejahtera hidup kita harapkan
dalam lingkungan sahabat dan rakan.
Untuk mencari siput dan lokan
bawa bekalan sebuku roti
dalam lingkungan sahabat dan rakan
teguh pendirian sejati diri.
Bawa bekalan sebuku roti
untuk dimakan buat bertahan
teguh pendirian sejati diri
amalan mulia dikasihi Tuhan.
Untuk dimakan buat bertahan
hanya itu buat penganan
amalan mulia dikasihi Tuhan
damai sentosa berbimbing tangan.
CFI
Kuala Kurau
Perak
3 Julai 2012
9.18 am
Tuesday, 3 July 2012
KERANA KHILAF
Putih asap ikan disalai
api berbara di rimbun serai
hancur musnah ikatan terlerai
kasih punah pecah berderai.
Api berbara di rimbun serai
serai tertanam di tepi kedai
kasih punah pecah berderai
retak hati karam dek badai.
Serai tertanam di tepi kedai
rimbun sederet tidak bertuan
retak hati karam dek badai
nakhoda khilaf memilih haluan.
Rimbun sederet tidak bertuan
biar serumpun dimusnah jangan
nakhoda khilaf memilih haluan
patah dayung berkuak tangan.
Biar serumpun dimusnah jangan
buat mandi air jerangan
patah dayung berkuak tangan.
lesu diri mati meragan.
Buat mandi air jerangan
ketika pulang berburu di hutan
lesu diri mati meragan
nama yang hina jadi sebutan.
CFI
Kuala Kurau,
Perak
2 Julai 2012
11.00 pm
MARUAH
Berangan setangkai bawa ke kedai
petik bunga di hujung julai
jangan sampai maruah tergadai
harga diri patah terkulai.
Petik bunga di hujung julai
untuk hiasan cantikkan beca
harga diri patah terkulai
hina bangsa dicaci cerca.
Untuk hiasan cantikkan beca
tarik pelancung melawat ke sana
hina bangsa dicaci cerca
maruah diri entah ke mana.
Tarik pelancung melawat ke sana
negeri Melaka indah terkenal
maruah diri entah ke mana
malang nasib ditimpa nanar.
Negeri Melaka indah terkenal
tempat pelawat bersuka-suka
maruah diri ditimpa nanar
bila bangsa sentiasa leka.
Tempat pelawat bersuka-suka
melihat sejarah pelbagai rencana
bila bangsa sentiasa leka
alamat negeri dalam bencana.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau,
Perak
2 Julai 2012
ADIL DAN SAKSAMA
Berjalan kaki ke hujung tanjung
untuk mengait buah rambutan
berpaksi setia taat dijunjung
jalinan hati rakyat dan sultan
Perah kelapa diambil santan
untuk dimasak kari dan kurma
jalinan hati rakyat dan sultan
sultan adil dan saksama
Pergi ke Melaka membeli delima
delima manis biji terkandung
sultan adil serta saksama
tempat rakyat duduk bernaung.
Nampak berenang si ikan baung
ingin memancing di hati terasa
tempat rakyat duduk bernaung
aman dan makmur berbilang bangsa
Penat mencari si itik angsa
di dalam reban sudahlah tiada
aman dan makmur berbilang bangsa
nama Malaysia indah di persada.
Pergi ke pasar membeli lada
lada dibawa di dalam kereta
nama Malaysia indah dipersada
menjadi kebanggan rakyat jelata.
Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
1 Julai 2012
7.40 am
Sunday, 1 July 2012
ANDAI TERLUKA
Andai jiwamu luka tersayat
arahkan saja ke pintu qiblat
kalau di sana rintihanmu terlerai
dipautmu dengan kasih tak tercerai.
Cinta-Nya semesta alam
redha-Nya yang paling dalam
tak terucap dengan kata
tak terbanding segala harta.
Khusyuklah meraih cinta
tawadduk tak membuat kau lara
rendah hati kemuliaan budi
jernih jiwa menghapus dosa
lalu bahagia kau genggam selamanya.
CFI
Kuala Kurau
Perak
30 Jun 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)