Saturday, 13 April 2013
MERENUNG BULAN
Bulan mengambang seri cahya
renung mengerdip asyik pesona
biar tangan capai tak sampai
dalam ingatan tetapku gapai
bila pungguk lesu merindu
lalu mimpi retak seribu.
Bahasa jiwaku merangkai kata
bahasa hati menganyam murni
siapa pernah dapat menyelam
tak siapa mengerti nubari berkalam
kalau putih dikatakan hitam
merah , ungu jadi berbelang
celorenglah di mata
indahnya bagimu tetap tiada.
Bermainlah dengan nista
lupa anugerah dari Yang Esa
kalau direnung dalam makrifat
mengapa aku sentiasa munajat
melepaskan tanggungan segunung beban
ranaplah aku dalam kemunafikan
bila engkau tak mahu mengerti
di mana terletak hati dan budi.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
JEMARI MERAYAP
Bila penyajak menjadi gila
menikam jiwanya
dipaksa mengunci bicara
demi hidup sejahtera
dapatkah itu terlaksana
atau sekadar menutup kata
bila janjinya tidak dikota.
Bila telunjuknya tegak melurus
namun kelingking cuit mengkait
jari jemari tetap merayap
hatinya tidak menetap
perlu apa nubari terseksa
buat menutup sebuah sengketa
lebih baik teruskan saja
membaja hasrat mewangi sastera.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
11 April 2013
11.24 pm
ABSTRAK HIDUP
Hidupnya bagai kanvas
terlorek di putih warna
sekilas terpancar kilauan
laksana seri mutiara
terpamer kehalusan seni
bagai permata terhias diri.
Tapi kini
pudar warna di jingga senja
suram tidak bercahaya
kasihnya tumpah tidak bersisa
hilanglah raga dan jiwa
yang tinggal hanya nuasa mimpi.
Abstraknya hidup
terloreng bersimpang siur
rona pengalaman berbaur
menjadi lukisan dunia
cantik melakar peristiwa.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
11 April 2013
1.57 am
BILA BERPUISI SATU DOSA
Kalau aku menginsafi diri
tidak larut menurut hati
syair indah kubiarkan sepi
bait tak lagi meniti
kelangsungan hidup padat terisi
pasti engkau tidakkan pergi.
Bila berpuisi itu satu dosa
jadilah aku insan tersisa
terbuang lalu tak berbaja
layu minda biarkan saja
tidaklah karam sebuah bahtera.
Bila keinginan tak menjadi harga
bencimu bermaharaja lela
engkau pun tak lagi memuja
mendung kelabu menutupi senja
malam kita kehilangan kejora.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
10 April 2013
12.34 am
BIARKAN SELUANG MELAUT
Jika sekadar lancar berkemudi
haluan tuju belum pasti
di tengah samudera layar terkembang
buat mengalih selaut pandang.
Ke mana dataran
di mana kepulauan
jejak diri dipagut gugah
badai menggila ingin di gagah
tapi tiba dii akhir pelayaran
angin ribut meninggalkan pesan
akan ke muara atau ke hilir
menjejak karam atau ke pinggir.
Di tebing pantai juragan terkapai
diri terbuang maksud tak sampai
sedang bahteramu bermuatan sayang
kini juragan kehilangan peluang
Pergilah seluang berkelana dil lautan
bila keberanian menyahut cabaran
andai terdampar
di pulau sesal
tiada apa lagi yang tinggal.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
BIAR KITA BERJARAK PANDANG
Katalah aku gila
itu kerana melepas seksa
tidak sengaja jadi derhaka
sebak dada kian menular
bila engkau semakin nanar.
Aku tidak peduli lagi
bukan kerana cemburu berapi
tapi hatiku bersalut benci
bila engkau tak sedar diri
ketuaanmu berarak muda
remajamu datang semula.
Untuk apa sembunyikan diri
tunjukkan dirimu lelaki
bila kasihmu semarak girang
aku tidak merasa senang.
Bila engkau kemaruk cinta
lepaskan aku dari derita
andai lenyap kasih dan sayang
biar kita berjarak pandang .
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
6 April 2013
3.43am
itu kerana melepas seksa
tidak sengaja jadi derhaka
sebak dada kian menular
bila engkau semakin nanar.
Aku tidak peduli lagi
bukan kerana cemburu berapi
tapi hatiku bersalut benci
bila engkau tak sedar diri
ketuaanmu berarak muda
remajamu datang semula.
Untuk apa sembunyikan diri
tunjukkan dirimu lelaki
bila kasihmu semarak girang
aku tidak merasa senang.
Bila engkau kemaruk cinta
lepaskan aku dari derita
andai lenyap kasih dan sayang
biar kita berjarak pandang .
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
6 April 2013
3.43am
DULU DAN KINI
Kalau dulu
ubi tidak sempat biak di tanah
padi lerai di luar kepuk
diri terkurung dalam kemelut
kalut dirantai takut.
Kalau kini aneka selera suap ke mulut
segala kemahuan dapat diturut
bagai hujan menjemput cendawan
kembang biak tiap kemudahan.
. Kenapa harus mata ditutup
sedang merdeka sudah termaktub
jalan hidup kian terang
generasimu berarak senang .
mengapa lupa pada keperitan
cengkaman penjajah diri terbeban
bila pejuang berputih tulang
elok budinya di bawa kenang.
Andai engkau tersalah pilih
generasimu bakal merintih
pandanglah segala jasa
biar tuamu memberi harga.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak 3 April
2013 8.45am
padi lerai di luar kepuk
diri terkurung dalam kemelut
kalut dirantai takut.
Kalau kini aneka selera suap ke mulut
segala kemahuan dapat diturut
bagai hujan menjemput cendawan
kembang biak tiap kemudahan.
. Kenapa harus mata ditutup
sedang merdeka sudah termaktub
jalan hidup kian terang
generasimu berarak senang .
mengapa lupa pada keperitan
cengkaman penjajah diri terbeban
bila pejuang berputih tulang
elok budinya di bawa kenang.
Andai engkau tersalah pilih
generasimu bakal merintih
pandanglah segala jasa
biar tuamu memberi harga.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak 3 April
2013 8.45am
RAHSIA
Masih berbisa
menular dalam diam
keharuan rasa
rindumu masih berbunga.
Pergilah
dari kembara dalam rahsia
tak perlu sembunyi
menyimpan cinta
membelenggu jiwa.
Dan aku masih di sini
mengintai gerimis
di balik mendung
kabus menyelubungi
menanti pelangi.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
3 April 2013
9.17am
LANTERA MASIH MENYALA
Habis punah
kasihku yang hilang
lalu engkau pulang
kembali seperti dulu
mencari aku.
Lantera masih menyala
biarpun malap memberi cahaya
di kelam suram meliuk lentuk
dihembus angin malam.
Sekerdil aku
ada rindu pada dia
pada cintanya.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
3 April 2013
1.08 am.
kasihku yang hilang
lalu engkau pulang
kembali seperti dulu
mencari aku.
Lantera masih menyala
biarpun malap memberi cahaya
di kelam suram meliuk lentuk
dihembus angin malam.
Sekerdil aku
ada rindu pada dia
pada cintanya.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
3 April 2013
1.08 am.
SALAM TERAKHIR
Aku merasakan
kehampaan makin menerjang
sesak di dada
kaku segala.
Bayangan putih
kian hampir
perit mencengkam
di kepala
ada bisa
yang memisahkan kita.
Bila waktuku sampai
aku ingin melambai
dikucup keningku
menatap wajahmu
menggenggam salam terakhir
denyut nadi pun berakhir.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
31 Mac 2013
9.17am
PILIH YANG TERPILIH
Dalam negara berbagai budaya
harmoni negara bersinar gangsa
pelihara martabat bangsa dan nusa
aman dan makmur ke puncak jaya.
Bila negara berteras demokrasi
segala pilihan di tangan sendiri
tetapkan pegangan biar serasi
pemimpin yang baik elok dicari.
Bila pendapat saling berselisih
ada yang hitam dikatakan putih
maka pilih dari yang terpilih
biar yang tegas berhati bersih.
Bukan senang membuat pilihan
janganlah gopoh biar perlahan
berfikir dahulu elok amalkan
agarlah tidak tersalah pegangan.
Tenangkan jiwa janganlah buntu
tilik perkara satu persatu
andai pemimpin berhati batu
tentulah tidak mendapat restu.
Pilihkan saja pemimpin berwawasan
harus bijaksana memilih kerajaan
agar tidak terjadi penyesalan
insaflah dulu itu pendapatan.
Jika pilihan jauh tersasar
terpilih ruas berbuku besar
segala harapan menjadi longgar
janjinya punah tenggelam di dasar.
Jika pemimpin sekadar berlagak
bagaikan taji naik ke tanjak
pandai bercakap asak mengasak
akhirnya rakyat bernafas sesak.
Jika tergadai seluruh negeri
pastilah mimpi menjadi ngeri
tidaklah lagi dapat berperi
bukankah itu salah sendiri.
Allah memberi otak berfikir
bukan menanam tebu di bibir
mengadu domba bagai semilir
akhirnya bisikan akhlak berdesir.
Kerajaan dipilih untuk generasi
segala kemudahan biar dihargai
segala janji sama dinikmati
bukanlah sekadar berbasa basi.
Orang memberi kita merasa
samalah sama mengenang jasa
teguh pertahan negara ibunda
jangan terjadi porak peranda..
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
28 Mac 2013
11.35am
Subscribe to:
Posts (Atom)